Jom Click Nuff!!

Followers

Wednesday, December 22, 2010

~Meriah nye rumah ku~

Aku terlupa sebenar nye angah nak g Jakarta 19/12/2010 ni. Sabtu tu Angah call kate nak datang rumah petang Ahad & mintak hubby tolong hantar ke LCCT petang Ahad tu gak. Tak lame lepas tu Mak lak call kate nak ikut angah datang & tunggu Angah balik dari Jakarta kat rumah aku. Seronok la aku dengar. Mesti meriah rumah aku dalam 4 hari ni.

Memang best sangat bile budak2 penuh kat rumah. Yaya, Adik, Qayum & Fakhrul bile digabung kan dalam 1 bumbung memang bingit. Ade yg jadi tarzan, ade yg jadi taiko, ade gak yg tukang mengalah macam Fakhrul & Adik. Maklum la kakak Yaya geng dengan Qayum. Tapi selalu gaduh.

Rumah aku tu tak usah dicerita la..Sebelum diaorg datang aku kelam kabut kemas rumah, mop lantai, lap habuk, susun perabot & macam2 la yg seangkatan dengan kemas rumah ni. Bile diaorg sampai je, pertama sekali yg diaor buat, alihkan sofa tutup tangga. Habis si Qayum yg dah lama pandai merangkak ni duk ulang alik turun dari tangga. Malam pertama tu memang xnak tido. Asyik turun naik tangga sampai berpeluh2 anak & mak nye.

Yaya lak macam biasa. Taiko segala sepupu. Dia xkan mengalah dan selalu buat opah & Mak Long marah. Aku xsampai hati nak marah atau pukul dia. Tapi ade la kene sekali bile dia pulas nye tangan Qayum. Terus merajuk. Aku pun ajak dia gi jalan2. Nak pujuk la kate kan.. :)

Sempat gak bawak Along jalan kat Hero belakang rumah, Care4 yg baru bukak kat kawasan Puchong Utama & Semalam kami gi Jusco kat IOI Puchong. Siap belikan Pizza lagi.


Lihat je la aktiviti diaorg ni. Kadang2 tu memening kan..tapi kadang2 wat keras perut je ketawakan gelagat diaorg ni. Adik tak boleh bile opah nye dukung Fakhrul. Mesti menangis nye. :)

Manis kan muke adik ni. Kiteorg gelarkan adik sebab dia yg bongsu. Tapi sekarang ken tukar la. Sebab mama dia dah mengandung lak.. hehehe
Adik memang xsusah dijaga. Xmeragam. Bile opah suruh tido, dia tido la. MAin sorang2. x kisah keadaan sekeliling. Jarang menangis. Tapi sian kat Mak Long & Opah. Kene jaga 4 org budak kecik sampai mandi pun xsempat & makan pun xmenentu. Aku siap beli lauk yg dia siap je. Tapi nasi lak xsempat masak. Macam2. Aku bukan xleh masak. Tapi bile kerja ni, agak susah nak terkejar masak & anak. Selalu aku sorang je makan malam sebab hubby on diet.

Comei nye adik!!!!

Qayum memang pandai memilih tuk berkawan. Kalau tengok sape2 duk makan, dia akan geng dengan org tu. sebab dapat makan sekali. Qayum ni pantang kalau kite naik turun tangga. sure dia pun nak ikut. Menjerit2 kat bawah bile kite xlayan dia. Kakak Yaya pun suke kacau Qayum. Kalau dengar mak cerite setiap kali aku balik dari kerja, macam2 cerita ade. ketawa je bile dengar nye.

Hari ni diaorg last kat rumah ni..Sunyi balik la rumah lepas ni. Tu best nye bile balik kg semua ade. seorang kejar anak, sorang menjerit kat cucu, sorang lak buat hal sendiri..macam2 la. Tak sabar nak tengok anak2 sedara ni membesar. Macam mane la plak kerenah diaorang nanti.

0 ulasan:

Post a Comment