Jom Click Nuff!!

Followers

Thursday, April 22, 2010

~Mesti BACA!!!!!~

Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

Thursday, April 15, 2010

~Bagan Serai & Penang~

Salam semua..he..xtau nk sembang ape dah..badan semakin penat..mate ni lak macam xcukup tido..Tengah2 melayan ngantuk ni aku bukak picture folder..alamak..lupe sebenar nye nak update pasal ni..walaupun dah basi aku tetap nk citer gak..

Time raya cina bulan 2 lps aku plan nak rehat je kat rmh..almaklum la baru balik dari Sabah..nak berjalan pun xde mood memandangkan aku tak berapa larat nak berjalan..sekali angah aku mesej ajak datang rumah dia..nak bawak kami adik beradik berjalan kate nye..hm..aku pun tanye2 la kt Along & mak..tapi mak xnak gi..mak cakap abah keje..so xnak tinggal kan abah sengsorang..baghuih mak aku nih..

So plan best la aku ngan Along ajak laki masing2 tuk bertolak ke rumah Angah.14/2/2010 tu kami bertolak dalam petang..Sebelum trus ke Bagan Serai, kami ke Sungkai rmh pakcik yg wat kenduri..Lepas tu trus gi..sampai pun agak malam gak..badan aku sememang nye penat sgt..so ape lagi..tido je la malam tu..xg mne pun..

15/2/2010~Esok nye baru plan nak gi Penang..pekena nasi kandar Penang...huhuhu..1st time gak aku merasa..kat Puchong mane dapat nih beb..



Lepas makan kami gi jalan2 kat shoping compleks je..xde pun plan nk gi mne..berdukung kan si Qayum sampai lenguh badan..terlupa bawak stroller nye..adoi..


Walau pun dalam keadaan loya2..tapi bab makan memang aku xleh nak kawal dah..so Angah beli donat,aku yang mengerja kan nye..huhuhu

Semua dah xlarat nak dukung Qayum yang bukan je dah tambah berat badan,tapi air liur nye akan melekat kat baju..he..ape lagi..bile si ibu2 ni singgah kat kawasan baby, Along & laki nye terus beli beg dukung baby..kelakar lak bile Abg Mali dukung Qayum mcm nih..


Qayum tetap wat muke xbersalah nye..suke je nengok nye ye???


Bile penat berjalan mengikut kaki2 shoping si ibu2 ni,aku ajak hubby lepak kat luar tempat duduk..xlarat nak berjalan..sekali nampak permainan kanak2 ni..ajak la ank2 sedara main sementara si bapak2 mencuba kerusi urut yang xleh nak urut tu..hahahaha..

Kelakar bile Yaya naik gajah pink nih..ingt kan hayun2 rendah je..Along ni pun letak la Qayum yang xpandai duduk lagi ni sebelah Yaya,sekali xsemena2 gajah pink ni naik tinggi lak..menjerit2 si ibu2 ni bile nak pegang Qayum dah xsampai..aku bantai gelak je nengok nye...


Last2 letak Qayum dalam kereta ni je..tapi xmsukkan duit..kang xpasal2 naik ke atas lagi..Qayum pun macam muke xde perasaan je..


Macam2 yang diaorg nak bagi Qayum try main..sedang kan bukan boleh budak tu duduk pun..kakak Yaya gak la yang kene control Qayum..he..sian Yaya..

Yang penting Qayum memang suke tengok bapak dia beraksi dari merasa duk main permainan..tengok muke suke Qayum tu bile Abg Mali nak ambil gambar nye..he..


Setelah penat kami berjalan, Abg Kerol ajak lepak minum kat kawasan tepi pantai nih..hm..tempat cantik..makanan pun segar2 dari laut..tapi kami xmakan pun..kenyang lagi..jadi kami semua minum je la...

Aku order minum air bandung kaw nih..memang sedap..sampai semunya terliur melihat nye..hahaha..tapi xsempat rase pun..korang tengok la ape jadi kat air aku tu..

Si kakak ni yang minum...terpaksa la aku order yang lain..tapi dah lain lak rase nye..hampeh...
Suasana agak panas sebab dah petang..tengok matahari terbenam je la..

Balik tu memang penat..sok dah siap2 nak balik ke Slim..hubby xbanyak cuti yg dia ambik tuk raya cina ni..aku keje ngan company cina memng dapat cuti seminggu...so layan je la aksi2 sebelum kami bertolak balik...






Paling penat si kecik & kakak ni bergambar..rumah angah memang panas sebab berdekatan dengan laut..jadi kakak xpakai baju kat rumah..tengok je la aksi si kakak ni..sayang sgt kat Qayum..Angah lak time ni dah 9 bulan..tapi kalau bab berjalan,bagi je kat dia...aku xlarat kalau berjalan dgn dia..huhuhu

Sampai je kat Slim,menangis gak la aku tahan sakit pinggang ni..nak urut hubby xbagi..disebabkan jem dari bagan datuk sampai ke sungkai..memang seksa...

P/S :- Sori la..dah terlalu lapuk sgt citer ni..aku pun dah banyak lupe tentang raya cine ni..check2 kat draf ade tertinggal lak..ade lagi cter nye..nnt aku masukkan lagi ye..huhuhu

Monday, April 12, 2010

~Sabah Borneo~


Salam....hai kengkawan..he..aku sebenar nye tengah xsihat nih..bile preggy ni mcm2 sakit datang..so ade mse je aku bukak blog..lain2 aku duk diam je kt ofis n rumah..

Sebenar nye bnyak citer yang aku nk citer kan dlm blog..almaklum la..dah lme aku x msuk n wat n3 nih..klu ade pun bukan cter aku sgt..kali ni aku nak citer pasal perjalanan ku ke Sabah..

Hubby dapat gi sabah..Time ni hubby tempahkan 2 tiket tuk aku skali..almaklumla,semenjak kawan sampai la kawin aku xpernah jumpa family blah FIL yg menetap di sabah. Sebelum kawin ade gak family hubby balik Sabah..tu pun dah 6 tahun xjumpa..

Jadi bile dpt kesempatan ke sabah atas urusan kerja,hubby pun xnak la tinggal kan aku yang ketika nih ngah mabuk teruk..tapi bab berjalan,no 1..huhuhu..

Jadi, kami bertolak pada 20/1/2010 ~ Gambar ni ketika kami nak berlepas ke Sabah..wa gitu..excited sangat...



Ini adalah kali pertama aku naik flight..Jadi agak gemuruh gak..sebab mabuk aku ni belum hbs lagi..aku risau time dlm flight ni mau termuntah dibuat nye..tapi alhamdulillah la xde..elok lak mabuk aku xmenyerang waktu nih..macam tau2 je bagi aku berjalan dengan tenang tanpa gangguan..huhuhu


Dalam flight disediakan makanan pagi dan minuman tuk pelanggan..layanan dalam MAS memang 1st class..Aku pilih makan roti canai..tapi xmasuk lak ngan tekak aku..so tukar ngan hubby yg makan nasi lemak..huhuhu


Pandangan atas kapal memang mengayatkan..tapi bile sampai kat atas ni jadi terpegun lak..


Dah sampai..xsampai pun penerbangan 2jam 1/2, Kami dah sampai kat KK..Kehadiran kami disambut oleh sorang dato' dan datin dari sini.. kami bawakan ole2 dari semenanjung iaitu roti gardenia..hehehehe..rupe nye sini xde roti tu..so siap ditempah sebelum kami berlepas..Dato' ni memang org politik kt sabah ni..juga seorg usahawan..xsombong..begitu gak dgn wife dia..senang kalau semua org2 kaya xmemilih kawan serta x menyombong mcm dato' & wife dia..


Sampai je kat bilik hotel, aku belasah je...terus masuk bilik air tuk mandi air panas hilangkan rase pening2..bilik nye agak kecik..pada mule nye aku xperasan sangat dan x kisah sangat..tapi bila CC hubby datang, dia check bilik kami, dia bising kat pengurus hotel sbb bagi bilik yang kecil..tapi kami xkisah sbb bukan ramai pun..2 org je..

Malam pertama kami sampai, aku dah ajak hubby jalan2 kat pasar filiphine..Banyak barang2 cenderahati tapi mahal2..kami xbeli terus sbb hubby cakap ade masa 5 hari lagi..jadi aku jalan2 kat belakang pasar tu ada macam pasar malam..ikan segar2 dipanggang disitu..wa..sdap nye..time mengandung ni aku kurang mkn seafood..sbb aku loya..tapi mabuk aku ni macam faham2 je..bg can lak aku nk mkn seafood..hehehehe..


Ini pilihan aku dan hubby..aku jadi rambang mata..xtau nk pilih yg mne..siap leh tawar menawar lagi..murah pun murah..ape lagi,xtunggu lama la..terus cari tempat duduk..huhuhu


Ha..ni lagi 1 tambahan yg ade kt sini..rumpai laut..sebelum ni aku xpernah tengok rumpai laut..kalau xsilap aku yg aku tengok dlm tv pun lain rupe nye..so aku sje nak try..mne tau sedap..sebelum aku ambik, kene kol FIL dlu tuk pastikan rumpai laut ni boleh dimakan org mengandung atau tidak..nasib FIL cakap boleh..so ape lagi..ngap je la!!!!


Malam pertama kat hotel memang best..cume aku meragam bile nak tido..xtau knp aku xleh lelap kn mata..siap menangis mcm budak kecik..hubby la truk dibuat aku..sampai pukul 3am baru aku leh lelap..tu pun jenuh hubby baca2..tp pukul 6am aku dh trjaga sbb haus..so wat minuman la baru tido balik..

21/1/2010 ~ Pagi2 lak hubby kene gi JPJ KK..So sepanjang hari aku sorang2 kat hotel..nak kuar jalan2 malas..aku mesej sepupu yang ade kat sini..sempat gak kiteorg jmp kat airport smlm..tapi dia xleh nak dtg pasl ade operasi..hm..duk hotel tido je la..huhuhu..nasib hubby sampai tengah hari je..leh la aku ajak hubby jalan2..

Petang tu kami jalan2 tengok kedai & beli la baju tuk ibu mengandung nih..xpk lagi nak beli barang2 cenderahati..sampai la ke ptg aku naik hotel..ingt nak mkn tempat smlm sbb terasa nak mkn rumpai laut lagi..sekali dapat kol dari CC hubby ajak mkn kat restoran seafood..sebenar nye aku xnk gi,tapi hubby ajak gak sebab Timbalan Ketua JPJ ada..hm..bagi la muka sikit tuk diaorg..

Kami dijemput dengan kereta JPJ. Memang layanan org sini tip top!!Siap dijemput dan dihantar lagi..Aku dengan simple berseluar cerut dan t-shirt je gi jmp Timabalan..hahahaha..tapi Timbalan hubby pun jenis xkisah..dia tau aku ngah pening2 mengandung..so aku nye makanan pun diaorg nasihatkan jgn terlalu bnyak yg x elok..

Best dpt makan macam2 seafood yang fresh2..tapi aku xbnyak mkn pun..pening tengok nye..
22/1/2010 ~ Pagi2 lagi CC ajak aku n hubby gi pasar kat depan hotel tapi kereta JPJ dan pemandu siap tunggu kat depan hotel..he..sedang kn gi pasar dpn hotel je..Kami ikut CC je..kami pun xtau nak beli ape..so jadi peneman je..

Kalau tengok CC beli ikan,fuh,mcm pemborong ikan dah rupe nye..ikan2 kt sni memang segar2..trus dari nelayan..start meniaga pun dari kul 3am..trun2 dari laut terus meniaga..cemu aku start pening bile msuk pasar ni..terhuyung hayang aku berjalan..nasib hubby paut n aku..kalau tak,mau tersasar..


Selepas layan CC borong ikan, kami ke pasar kering lak..kat sini kami beli ikan masin dan bermacam2 ikan kering lagi..ikan bilis,ikan trubuk masin dan paling best dpt beli belacan sabah..sedap belacan sabah ni..MIL pun suke kalau dibuat sambal belacan..

Dah nak dekat pukul 11am baru kami balik ke hotel sebab CC nak bekejar ke airport sbb flight kul 12.30pm..aku dan hubby lak tunggu pakcik nye dari Keningau ambil kami tuk ke sana..pukul 2.30pm pakcik hubby baru sampai..ini la kali pertama aku jmp abg FIL..sebelum ni adik beradik FIL pun kenal aku dlm gambar je..huhuhu

Sebelum kami bertolak ke Keningau, kami singgah ke UUM Sabah ambil adik hubby yg belajar kt sne..Seronok sgt dpt jmp SIL sbb dah lame xjmp..huhuhu..

Kami jalan2 kat shopping compleks kat KK..besar nye shopping compleks tu macam 1 Utama gak..tapi lengang je..xramai org..Lepas makan baru kami bertolak ke Keningau..penat..


Begini la sepanjang perjalanan ke Keningau..turun naik bukit..walaupun jam baru pukul 5pm, tapi keadaan jalan nye berkabus macam pukul 6am..sejuk sgt..aku rase Genting pun dah kurang kabus nye..ini masih tebal lagi dan sejuk smpai ke tulang..

Sampai sahaja kat Keningau, kami singgah rmh Pakcik hubby tuk tido dlu..sebab dah senja..badan pun penat sangat nak sambung perjalanan ke rmh atuk hubby. Mabuk aku time ni sudah datang..so muntah2 la..malam tu kami makan luar je..balik pun agak penat trus tertido..nasib aku x meragam..huhuhu

23/1/2010 ~ Pagi kat sini pukul 6.30am pun dah terang benderang..aku bangun agak awal tapi tengok pakcik & makcik hubby xde gi KK sebab makcik hubby ade kelas PJJ kat sne..ambik master kalu xsalah..

Jadi kami tunggu lagi seorang Adik FIL yg akan bawak kami jmp nenek & atuk hubby..tengah hari tu baru mereka sampai..jadi kami trus ke pedalaman kg FIL..Seronok tengok suasana nyaman & luas..sampai sahaja kat rumah Makcik hubby, belakang tu rmh nenek hubby..dari jauh atuk hubby lambai kat kami..hubby trus gi dan tanya kat atuk nye "Kenal lagi ke atuk kat Faizal?"
"Mau tidak kenal..ini Faizal kan?"Dengan loghat Sabah nye...Walaupun dah menjangkau hampir separuh abad, tapi ingatan atuk memang kuat..hubby cakap last dia blik ke kg ni tahun 1996..bayang kan la dah berapa lama..

Jadi antara cucu, atuk & nenek melepaskan rindu masing2...


Hubby seronok menceritakan hal family kat atuk & nenek..walaupun mereka bukan lah org islam,tapi mereka memahami keadaan kami..Petang tu kami dibawa berjalan2 kat kawasan kg..hubby jumpa makcik & pakcik yg duduk tidak jauh dari situ..semuanye satu kg..siap hubby tunjuk tempat permainan time kecil2.he..

Ini pulak rumah FIL sebelum nenek & atuk pindah..


Tepi rumah besar ni,ini podok atau rmh FIL time kecil..korang bayangkan la org dulu2 duduk kat rmh yg hnya didirikan dengan daun2 kering je..lagi pun kecil dan xde api & air..mcm mne la time tu ye..


Lepas 1 kg tu kami jelajah, kami balik ke rmh makcik hubby. makan malam dan bersiap tuk balik ke rmh pakcik hubby. kami xboleh tido disana disebabkan esok pagi2 kami kene rush ke airport KK..jadi malam tu kami balik ke rmh pakcik hubby yg duk kat pekan..

24/1/2010 ~ Pukul 5am aku dh bangun bersiap..agak penat sebab berjalan kesana sini..tapi dalam hati tuhan je tahu mcm mne seronok nye aku kat sini..rse xnak balik je..kejap sangat berada disini..



Kami bertolak pukul 6.30am ke airport dan singgah beli sarapan..rasa nak makan roti canai tapi kuah nye xleh msuk lak ngan tekak aku..Jadi makan nasi lemak hubby..he..kne tukar lagi..perjalanan yg bekejar ke airport memang rase lame la plak..pukul 10am kami kene ade kat airport..pukul 10.30 flight..tapi kami agak lambat..jadi tempat duduk pun terpisah..huhuhu..


Kami sampai KL dalam pukul 12.30pm gak..badan betul2 penat..sepatut nye ade kelas..aku terpaksa ponteng la..xlarat sangat nak gi..so balik terus tertido..

Korang tau..aku leh xsempat nak beli ole2 tuk kawan2 n family..geram dengan hubby suke tangguh2 kan..last2 xbeli langsung..lps ni aku kene beli siap2..tapi kenangan ke Sabah xkan luput dek ingatan la..seronok sangat sampai xterucap!!!

Wednesday, April 7, 2010

~Love is you and me contest~

Salam semua...

Mesti korang boring kan aku ni asyik nak join contest je..hehe..gian lak aku sebab sekali dah menang kan..nak cube gak nasib lain..huhuhu..nasib la..yang penting bukan hadiah aku nak
kejar kan..tapi suke2 sebab rase seronok lak..he..meh la sape2 nak join contest macam aku nih...

Kali nih aku terjumpa contest kat http://blog.beba-anas.com/


wa..gitu..xnak hingat..sempena anniversary diaorg, so Beba dah wat contest tuk sesiapa yang dah berkahwin atau belum..gambar2 mesti la romantik kan..ok..sebelum aku pertaruhkan gambar aku & hubby, aku terangkan syarat2 yang dikehendaki kalau nak join contest nih...





Cara-caranya cam kat bawah ni:

1. Follow and add blog Habibah & Anas in your blogroll. (DONE)

2. Letak banner Sabah Accessories kat sidebar korang. (Boleh pilih antara 3 saiz yang ada kat bawah entry ni..) (TENGAH BUAT)

3. Create a post dengan tajuk Love is you and me Contest. (DONE)

4. In the entry, letak banner contest ‘Love is you and Me‘ and link the image to this entry;

http://blog.beba-anas.com/contest/love-is-you-and-me-contest

(PAYAH SIKIT..TAPI AKAN BUAT)


5. Mention about Sabah Accessories and link it;









Saya dah masuk link ni..barang2 perhiasan tuk perempuan dan lelaki ada..memang cantik2..rambang mata melihat nye..saya pun ade terkenan pada 1 gelang nih..

Amacam?cantikkan?harga pun xmahal..semua mampu la nak miliki barangan perhiasan dari sabah accessories nih..ok..pilihan saya adalah gelang ini..kalau menang saya harap dapat gelang nih..cantik dan menepati citarasa..thanks..ini link tuk sabah accessories..

http://sabahaccessories.com. (Pendek2 pon takpe)
(DONE)

6. Upload SATU sahaja gambar you and your significant others (husband ke tunang ke boyfriend ke scandal ke tak kesah lah.. :p) yang menunjukkan you’re a very loving couple gitu.. :D (DONE)

7. Lastly, just leave the permalink of your entry kat comment in this entry. (DONE)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2010 pukul 11.59pm!


Ok..ini la gambar tuk contest nih..xla special mane..tapi aku rase romantik gak sebab sambil cium tangan,sambil pandang memandang..huhuhu..Gambar nih memang diambil oleh my fotografer..dan kebanyakkan gambar sangat2 romantik dan cantik2..kalau ade yang perasan,sebelum ni aku join contest you & me - lover forever pun dari fotografer yang sama..cume itu bukan dalam studio seperti yang digembar-gembur kan..ianya original alam sekitar k??

K la..kepada Beba, sila la approve my contest nih..xsabar rse nye nak tau keputusan nye..hehehehe...


~Hadiah contest You & Me-Lover Forever~


Haik???ape bende nih??pagi2 aku tengah kelam kabut, datang sorang mamat ni tanyakan nama aku...kebetulan aku kat depan ngah fotostat..so aku dengan berkerut2 dahi ni ambik bungkusan courier tu & sign...main sign je..sedang kan xtau la dari sapa..

Disebab kan aku terlalu bz sgt,aku tolak ketepi dulu bungkusan ni..xsempat nak pikir dari siapa pun..setel semua keje, aku leh lak terleka baca metro & sarapan..bile dah hbs makan baru aku perasan bungkusan ni..kelam kabut aku bukak..ape yek??

Tengah2 aku perah otak,aku bukak blog..dalam hati aku agak mesti hadiah tuk contest nih..memang tepat sekali tekaan aku..wa...xsangke nye dah sampai...

Sori la kak siti..disebab kan terlalu bz & kesihatan yang x berapa nak baik nih, saya lame xcek blog..tau2 hadiah dah sampai depan mate...huhuhu


Cute kan bungkusan nye...excited sgt sampai aku xkire nak bukak bungkusan tu mcm mne..sebab ini la kali pertama aku join contest dan kali pertama dapat hadiah..memang rezeki anak dalam perut pun..alhamdulillah...

Jeng..jeng..jeng...ini lah hadiah nye..........

Nampak simple tapi menarik...kak siti macam tau2 je saya ngah cari frame gambar..huhuhu..ini adalah hadiah paling bermakna pade aku..thanks sekali lagi kat kak siti ye..lain tahun wat la lagi contest..pasti saya org pertama yang joint..huhuhu...thanks...