Jom Click Nuff!!

Followers

Tuesday, March 30, 2010

~Sedih..sedih..sedih..~

Hari ni aku terasa nak luah kan perasaan pula..
Entah kenapa sekarang ni setiap hari ade je kes buang anak..aku selalu bukak harian metro setiap pagi..ade 1 berita ni tentang bayi menggigil apabila dijumpai di dalam semak..bayangkan lah sampai hilang suaranya kerana menangis..Ya Allah..mana pergi nye perasaan manusia sekarang?

Benar..adakalanya ank itu sendiri yang meminta untuk xnak hidup..kalau anak itu hidup, begini la keadaan dia harus tempuhinya..kene tinggal dalam semak, kene gigit dengan semut, kene timpa panas & hujan..dan belum lagi dikira kalau anak itu dah dewasa pula..

Aku ade gak terbaca tentang remaja yang sukar untuk sekolah dan bekerja kerana menjadi anak pungut..dia dijumpai di tepi tong sampah..sepanjang dia membesar, dia di ejek dan di hina kerana menjadi anak terbuang..betapa sempitnya fikiran manusia..kenapa harus disalahkan budak yang tidak tahu ape2..sedang kn bukan itu yang dipinta..

Aku rasa sedih bile pikirkan dunia sekarang yang kurang nye kasih sayang dan perhatian setiap manusia..benar ape yang kite telah maklum iaitu dunia menghampiri akhir zaman..mereka sudah xfikir dosa pahala lagi..mereka juga dah xkenal mak bapak serta ank yang menjadi darah daging mereka sendiri..dimana silap nya??

Aku pun bukan lah manusia yang sempurna..tapi aku juga pernah berjumpa dengan anak terbuang dan keadaan seperti mereka..tapi kata-kata semangat lah yang aku titipkan setiap kali aku berjumpa dengan mereka..bukan kata cacian atau hinaan yang aku berikan..tapi itu aku..orang lain aku xtahu la..xsemua org baik dan xsemua org jahat..

Cuma aku sedih bila mengenangkan bayi yang tidak berdosa dibuat seperti binatang..kenapa dosa org lain ditanggung oleh bayi yang tidak berdosa??

Janin yang dimakan oleh anjing..kenapa harus jadi begini??Kalau tuhan nak ambil sekali pun nyawa mereka,aku pinta biar lah dengan kelembutan..tetapi manusialah yang membunuh..tuhan telah tentukan..kita sebagai manusia yang tidak sampai hati terus menyaksikan perbuatan yang tidak perikemanusiaan..semoga Allah S.W.T merahmati roh anak2 yang tidak berdosa itu...amin...

0 ulasan:

Post a Comment