Jom Click Nuff!!

Followers

Thursday, August 13, 2009

~Bila Disakiti dan Menyakiti~

Apabila kita sakit hati,Bunga di tangan akan layu dek hati yang sengsara..

Apa agak nya perasaan yg disakiti?bagaimana untuk menghadapi hati yang tengah sakit? Bagaimana untuk mengubati hati yang sakit?Apakah hati yang sakit memerlukan rawatan segera atau hanya perlu dibiarkan supaya hati itu baik sendiri?

Pelbagai cara untuk menyakitkan hati..begitu juga yang memberi kesakitan hati itu..datangnya kesakitan ini tidak kira dari siapa dan bagaimana..Adakala nya org yang kita sayang dan kita anggap separuh dari hidup kita juga akan menyakiti hati kita..cuma terpulang la sakit hati yg bagaimana dan mudah atau sukar untuk diubati..selalunya sakit hati yang datang dari seseorang yang kita sayang akan cepat sembuh jika org itu memujuk atau membelai..Tapi macam mana pula yang kita anggap seperti kawan baik atau saudara sendiri?

Fitnah juga mendatangkan sakit hati yang teramat sgt..ditambah pula fitnah itu dtg dari perkara yg bukan dari kita tetapi dituduh seolah2 kita yg benar2 melakukan nya..Apabila kita menerangkan kepada org tersayang seperti kita menegakkan benang yang basah..Dia tidak mempercayainya..Org yg memfitnah kita pula bersorak riang apabila tiada siapa yg membela kebenaran yg cuba kita tegak kan..adil kah dunia??

Menjadi seorang yg pendiam bukan lah jalan penyelesaian bagi hati yg disakiti..bagi aku yang sering disakiti,kebenaran tetap akan ku perjuangkan tidak kira dengan apa cara sekali pun..

Adakala nya sakit hati mengajar kita erti dendam..
Adakalanya sakit hati membuatkan kita menjadi kejam..
Adakalanya sakit hati membuatkan kita tak akan memberi peluang..
Adakalanya sakit hati sukar untuk kita lupakan sehingga akhir hayat..

Keadaan mengajar kita tentang kehidupan..Sakit hati ini juga mengajar kita untuk berdepan dgn semua org..Pada aku,sakit hati aku yg pelbagai akan aku belai hati yg sakit ini sendiri..apabila kita membelai dan membaja..sakit hati bertukar kepada dendam yang membara..sukar untuk ku lupakan..Sehingga sekarang aku masih mengingati bagai mana hati ini ditoreh dan dihancurkan oleh orang yg bernama sahabat dan saudara..

Perlu kah aku menerima mereka kembali dengan apa yg telah aku dpt setelah penat lelah aku memberi pertolongan tanpa mengira siapa?Aku tak mengharapkan wang ringgit sebagai bayaran atas penat lelah yg telah aku taburkan..tetapi pada aku cukup hati ini jgn dihiris dan dirobek..

Bagaimana pula berdepan dgn org yg pernah memfitnah kita bagaikan menabur baja di tanaman? Tanaman itu menjadi segar sesegar ingatan ini tentang fitnah yg telah ditaburkan..walaupun bertahun telah berlalu,namun untuk melupakan tak kan sekali2..malah setiap hari hati yang luka dan parah ini berkata2.."Semoga engkau menemui kebahagiaan atas memfitnah diri ini"..Adil kah aku mengatakan begitu? Jikalau orang lain mungkin aku boleh lupakan sebegitu..tetapi sekiranya org itu berkaitan dgn persaudaraan??bagaimana untuk aku menghadapi nya?

Tetapi keperitan hati ini mengajar aku dalam menghadapi kehidupan yg lebih tabah dan matang..Menjadikan aku pendiam dan bercakap apabila perlu di sesuatu tempat supaya aku berhati-hati dan tidak mudah untuk mempercayai walau saudara sendiri..Adil kah pada diri ku?

Sakit hati difitnah pada aku lebih perit dari yang tidak menghargai nya..Hubungan aku dgn tersayang hampir putus disebab kan fitnah ini..Bagaiman harus aku lupa kn sebegitu mudah?Walaupun sekarang sering aku mendengar "Lupakan yang lama..Yang lepas itu,biarkan berlalu"..Mudah dengan kata2,tapi bagaimana untuk melakukannya??

Huh!!Mengajar anak ketam berjalan lurus sedang kan ibunya tidak melakukan apa yg diajar..wajarkah aku mengatakan begini kpd seseorang yg mengajar org tersayang supaya jgn berbohong sedangkn dirinya terlalu bermuka2..Bila aku mendegar dia mengajar sebegitu,aku tergelak sinis..Dalam hati aku "Awak pon sama membohong untuk selamatkan diri..bersembunyi dalam selimut untuk menyorokkan kesalahan sendiri..takut kepada kenyataan.." Hati ini sakit melihat sendiwara yg dipertontonkan..

Ada yg menasihati ku "Jgn biar sakit hati itu menjalar keseluruh hati mu..ianya akan membawa kepada sakit hati yg bertimpa2..Maka biarlah sakit hati itu diubat dan memaafkan segala2 yang berlaku..Apabila sakit hati itu disimpan tanpa diubati,lama kelamaan ianya menjadi bengkak dimana nanah pada luka di hati itu merebak..Jadi benarkanlah hati itu diubati dgn sepatah perkataan..MAAFKANLAH"

Aku terfikir..Benar kata2 itu..tapi adilkan pada aku yang teraniaya?Memang benar fitnah itu lama kelamaan akan terbukti ianya tidak sahih..Tapi pada org yang difitnah yang menanggung keperitan itu sepanjang fitnah itu disahih kan..apakah sanggup dilupakan sebegitu???

KEMANA ADILNYA DUNIA??!!KEMANA HILANGNYA RASA SAYANG MENYAYANGI ANTARA MANUSIA??!!KEMANA HILANGNYA MARUAH SESEORANG APABILA MEMPERTARUHKAN MARUAH SAUDARA SENDIRI UNTUK MEMPUASKAN DIRI SENDIRI???!!!

2 ulasan:

S@Y@NGH@SNI said...

orang kata sakit hati boleh bawa mati tau...
tapi bila orang yang paling kita sayang pun sakitkan hati..peritnyer terasa bagai tertusuk duri sembilu...

berdoa arr selalu..
agar kita terus tabah..
dan cuba arr selesaikan dengan sebaik2 nyer..

Naurah Napiha said...

To s@yangh@sni:-
Terima kasih kak..sakit hati ni xboleh disimpan..lagi disimpan lagi parah..elok kalau diluahkan..sekurang2 nye boleh kurangkan beban dihati..

Post a Comment