Jom Click Nuff!!

Followers

Monday, September 7, 2009

~Berbuka apa?~

Ha..selepas aku balik tu hubby ajak g pasar ramadhan..memandang kan aku dah penat bekejar tuk baiki kete,hubby xgalakkan aku masak..sian katenye..(Untung dapat hubby)..

Sampai kt pasar ramadhan depan flat Siantan (rmh aku), kami buat 1 pusingan..hubby terasa nak makan nasi ambang..Nasi ni asal dari Johor.Orang jawa selalu masak mcm ni..nasi tu xbnyak mana..tp lauk tu memng cukup tuk 2 org makan dibungkus dlm 1 bungkusan nasi mcm nasi lemak..Sebelum ni kami pernah makan.memng org jawa dari Johor yang masakkan..yang best nye,makcik tu masak kat rmh dan kita makan pun kat rmh..tp tetap dibungkus mcm nasi lemak..jadi selera kita nak makan akan bertambah2..

~Nasi Ambang~

Lps makan tu ape lagi..kekenyangan sgt2 la..memng tuk 2org mkn..yang terkejut nye aku leh hbs kn gak nasi dan lauk ni tanpa bantuan hubby..(Klu xhbs aku xsuke membazir dlm tong smpah..so hubby la yang akan jadi 'Tong sampah' yang xberbau tu)

Walaupun selepas isya',perut still kenyang lagi..sambil2 tengok tv,aku pun persila kan la si hubby merasa dizzert yang aku buat kan nih..sebelum ni memng aku pernah buat dizzert ni..sagu + susu cair + buah dlm tin + gula perang atau gula melaka..hubby xsuke sgt sbb dia ckp kurang manis..jadi aku jalan2 msuk blog resipi,jmp la dizzert nih..try2 buat,memang sedap..hubby pun suke..so setakat ni dah 2 kali aku buat,hubby yg hbs kn..huhuhu

~Puding Sagu Gula Melaka~


Resipi Puding Sagu Gula Melaka

Bahan A :
• 2 cawan sagu biji
• 5 cawan air
• Bahan B :
• 3 cawan santan
• 1/2 cawan gula
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 helai daun pandan
• Bahan C :
• 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
• 1 cawan air
• 1 helai daun pandan
Cara-cara Adunan A :
1.Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Adunan B :
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2.Buang daun pandan dan sejukkan.

Adunan C :
1.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :
1.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3.Siap untuk dimakan!!!

Bile bulan2 pose ni pandai2 la nak menambat selera si hubby..semua ni aku ikut cara mak aku tambat selera anak menantu..blik kg baru2 nih mak aku selalu wat dizzert yg manis dan berlemak..klu makan,smpai sekarang duk terbayang..huhuhu..Selamat mencuba..

0 ulasan:

Post a Comment