Jom Click Nuff!!

Followers

Tuesday, September 1, 2009

~Hari Kemerdekaan Yg Ke-52~


Assalammualaikum W.B.T...

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Aku rase masih belum terlambat lagi tuk aku ucapkan kepada keng kawan..hm..n3 aku kali ni lain sikit..

Aku nak tenye la kat keng kawan pasal kemerdekaan..ape yg korang paham tentang merdeka?Pada aku dan tak kurang yang lain gak mesti lah merdeka tu sesuatu kebebasan yang telah lama kita tuntut dari dijajah oleh orang asing kn?

Tapi pernah x kita fikir tentang zaman kejatuhan nye Tanah Melayu ketika itu?Bagaimana pahlawan2 kita dan menteri2 kitika itu memulas tenaga demi suatu kemerdekaan? Tak perlu la aku cerita dengan lebih lanjut tentang bagaimana kita merdeka dan bagaimana kita mencapai kemerdekaan tersebut..

Korang tentu faham tentang perjuangan dan pengorbanan yang telah dibuat demi kemerdekaan nih..Berapa ramai telah terbunuh dan terseksa sebelum kemerdekaan..Korang dapat bayangkan tak kalau korang berada pada zaman tersebut? Dikurung,ditembak,diseksa seluruh badan dan bermacam2 lagi nenek moyang kita tempuh sebelum merdeka?

Pada malam kemerdekaan kali ni aku berada di kampung..Aku tak minat tuk menyambut merdeka disebabkan cara menyambut zaman sekarang bukan seperti zaman dulu..Semangat kemerdekaan zaman sekarang ni aku xrasa langsung..Kalau dgr cerita org dulu-dulu,aku rasa berkobar2 nak sambut merdeka..Tapi bile tengok keadaan Malaysia sekarang..Merdeka kah kita?

Apa erti merdeka pada buadak2 remaja sekarang? Mereka adalah pelapis negara untuk masa akan datang..Tapi korang tengok cara mereka menyambut nye..Menyimpang jauh ke hutan aku tengok..tu sbb dlm sejarah hidup aku,aku xpernah sambut kemerdekaan..pada aku dunia sekarang dah xmerdeka..

Pernah tak korang tengok filem tahun lepas?
HATI MALAYA

Filem ni penuh dgn maksud kemerdekaan yang sebenar..Malam 30/8/2009,aku dgn family aku hanya duduk depan tv je menyambut merdeka dgn menyaksikan cerite nih.. start kul 10.00pm smpai kul 12.30am. Tak payah nak sambut merdeka kat luar..Dari cerita ini membawa kami ke alam sebelum merdeka..banyak yang kami kongsi dgn menonton cerita ini saja..Hati terusik menyaksikan kesungguhan orang ternama iaitu Tun Husein On dan Tunku Abdul Rahman memperjuangkan demi kemerdekaan. Bayangkan la..dengan melihat cerita ini sahaja,airmata boleh menitis..

Sekarang?Pada kengkawan semua..
Merdeka kah kita...
Melihat anak bangsa seperti terlalu mengikut rentak org barat yang pernah menjajahi negara kita..terlalu banggakan orang barat dengan membiarkan fikiran mereka dijajah oleh cara kehidupan barat..Merdeka kah nama nya itu?

Merdeka kah kita..
Hari2 bukak berita ada sahaja kes rogol..bunuh..tikam menikam...tetak menetak..rompak..ragut...dan macam2 lagi..aman ke Malaysia sekarang..rasa nye xjauh bezanya dengan sebelum merdeka..Merdekah kah nama nye tu??

Merdeka kah kita ..
Melihat anak bangsa terjerumus ke kancah yang dilaknati Allah..Maksiat berleluasa..Rempit sana sini..Menyambut di tengah2 Kota bndar raya dgn kaum sejenis??Ape ni??Merdeka ke nama nye tu??


Logo dan tema kemerdekaan tahun ni adalah 1 Malaysia..makna 1 Malaysia adalah kita ni semua adalah 1 tidak kira apa bangsa sekali pun..Walaupun kita lain bangsa,tapi kita 1 jiwa..

Aku suke dgn logo dan tema ini..makna nya kita xde perbezaan tidak kira siapa kita, asal usul kita, kaum kerabat kita dan apa jua yang membeza kan kita semua..Logo dan tema ini menerangkan kita perlu bersatu dalam apa jua keadaan..Sama mcm HATI MALAYA..dimana untuk mendptkan kemerdekaan,Semua kaum tak kira India,cina atau melayu perlu bersatu untuk meraih kemerdekaan..Pada ketika itu semua kaum berpecah belah dan tidak mahu bersatu..



Cuba keng kawan renung kan kembali erti kemerdekaan yang sebenar...Pada aku,kita tidak seharusnya menyambut kemerdekaan seperti sekarang..Kita perlu menyambut dengan penuh kesyukuran..Kita perlu berkumpul dengan semua kaum..Mengadakan doa selamat atau solat kesyukuran..Setiap kaum mempunyai cara berbeza dalam agama yg berbeza..hormat cara masing-masing..Buat dengan cara agama masing2..Begitu la cara yang betul untuk menyambut kemerdekaan..bukan dgn cara yang menyalahi agama dan mengganggu keamanan org sekeliling...

Fikir-fikir sendiri lah...


0 ulasan:

Post a Comment