Jom Click Nuff!!

Followers

Tuesday, September 15, 2009

~Luluh Hati Ibu~

Korang ade baca Harian Metro 16/09/2009 tak? Ade korang terbaca kisah seorang ibu yang ditinggal kan anak kat Rumah Orang tua2?

Kisah seorang ibu yang teramat gembira menerima kunjungan anak nye sampai xterkata..ibu ini juga memikirkan bahawa anak nye mahu menjemput dia balik untuk menyambut hari raya yang tinggal beberapa hari lagi ni..Sedang ibu ini berkemas dan menukar pakaian nye,si anak dengan rasa tidak bersalah meninggalkan si ibu secara senyap2 dan memecut laju kereta nya meninggalkan ibu yang sedang berkemas..

Si ibu yang perasan anak meninggalkan nye,terus mengejar kereta anak nye sehingga 20km..sungguh tidak berhati perut si anak!!

Semalam aku tengok berita tentang orang tua2 di rumah kebajikan..Sungguh sedih bile melihat warga2 tua yang menagih kasih anak2 dan cucu2..Mereka ingin meraikan hari bahagia bersama si anak2 dan cucu2..tapi seorang pun diantara anak2 tak datang menjemput mereka balik..

Pagi ni aku terbaca pula kisah ini..hm..sungguh menyentuh perasaan aku dikala sedang mengenang kan ibu dan ayah di kampung..


Sanggup kah aku melakukan perkara seperti itu kepada org tua aku??Jawapan nye mesti lah tidak!!!!!Tidak sesekali aku membiarkan mereka menempuh hari tua dalam keadaan yang cukup mengguriskan hati mereka!!

Aku jadi geram dan marah bila mengenangkan si anak sanggup melakukan perkara yang cukup kejap keatas org tua mereka..Tidakkah mereka tau siapa yang melahir kan mereka?Siapa yang mendodoi kan mereka? Siapa yang menjaga makan minum mereka? Siapa yang menjaga ketika mereka sakit sehingga tak tidur malam? Siapa yang memelihara mereka dgn penuh kasih sayang sehingga mereka besar? Siapa yang paling gembira apabila mereka berjaya mengecapi
kejayaan? Dan siapa yang berkongsi suka dan duka mereka dari kecil sehingga lah dewasa? Siapa???Siapa???!!!

Bila masing2 telah mempunyai kehidupan sendri dan telah berjaya,senang2 pula meninggalkan orang tua di tempat yang xsepatut nye..Mana kasih sayang dan janji mereka untuk menjaga orang tua mereka sehingga akhir hayat?Tak kasihan kah mereka melihat si ibu dan ayah merenung jauh memikirkan sisa2 usia yang akan dihabiskan dimana?Tak kasih kah mereka melihat wajah si ibu dan ayah yang berkedut di makan usia?

Aku terfikir sekiranya aku ditempatkan dalam keadaan yang sukar untuk memilih..Dimana sebelah sana aku memilih kerjaya dan sebelah sini pula aku kene memilih kedua org tua ku..mana satu yang akan aku pilih?Dan sekiranya aku mengambil keputusan sekarang,sanggup kah aku menunainya pada masa itu?


Aku ada bertanyakan pendapat kepada kawan2 aku..mereka mengatakan bahawa keadaan seseorang itu membuatkan mereka terpaksa membuat keputusan meninggalkan kedua org tua mereka..Apakah yang lebih penting selain kedua org tua kita?Mereka darah danging kita..knp mesti memilih sedangkan keputusan itu adalah 1??

Hati aku sedih memikirkan nya..Aku juga takut tidak dapat membahagiakan kedua orang tua aku suatu ketika nanti..jadi aku ingin mengambil ikhtibar disini..


Jatuh bangun aku kerana org tua aku..Sedih dan gembira ku adalag tangisan dan tawa org tua ku..Kejayaan dan kebahagiaan ku adalah kebanggaan org tua ku..

Jadi..timbang kan lah mana yang patut kita ambil dan yang mana patut kita korbankan..aku harap kita jgn buat keputusan yang salah..hargai lah mereka sementara mereka masih ada..

~Mak & Abah~

~Mak & Ayah~

3 ulasan:

Unknown said...

baca sedih kan.. amik kad kat umah akak naa..

S@Y@NGH@SNI said...

2, 3 KUCING BERAYA..
MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..

TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

Naurah Napiha said...

To Eijam's Family :-
Haah kak..sedih..dah ambik kak..comel tul kad nye..mekasih..

To S@yangh@sni :-
Nak balas pantun gak ke??ok..

Kucing beraya sebelah mata,
Tikus lupa kan si kucing kerna sibuk beraya,
Ampun & Maaf di pinta,
Jemputlah ke rumah berhari raya..

Di pagi raya indah berseri,
Ditambah pula kurung kebaya,
Kepada kak sayanghasni,
Syawal ini moga tersenyum bahagia..

Post a Comment