Jom Click Nuff!!

Followers

Wednesday, October 14, 2009

~Jumpa Keluarga Angkat~


Hahaha..mesti korang terkejut dengan n3 aku kali ni kan? Lagi2 bile korang tengok gambar ni..sape pun xsangka aku ade keluarga angkat org India...hehehehe

14/10/2009 ~ Selepas aku & hubby daftar tuk apply P1, aku terima call dari Francis iaitu anak kepada nenek yg jaga adik aku dulu..

Sebenar nye aku lebih senang panggil nenek dalam bahasa india iaitu PATI. Sejak kecil lagi mak & abah aku sibuk bekerja..jadi kami dijaga oleh orang india yang lebih senang kami gelarkan Pati..

Mak aku keje sebagai pengurus kantin sekolah..Abah aku lak sebagai Pegawai Felda kat Pahang..memng jarang dapat jumpe mak & abah time tu..mak pagi2 dah gi kantin..abah lak seminggu sekali baru balik jmp anak2..Time tu aku bru darjah 4 dan adik2 lain semua kecik2..Time tu kami pindah kat Slim River,Perak dari Jengka 21,Pahang..duk pun kt rmh kedai je..pstu pindah kat Taman Seroja..ok la..sampai sekarang kami masih duk situ..

Jadi sewaktu kecil kami dijaga oleh orang india yang digelar nenek..disebabkan mak aku ni biasa speaking india, jadi dia lebih senang cari pembantu rumah org india dan kami mengelarkan sebagai Pati..Pati ni rajin sangat..lepas semua kerja rumah setel,dia akan jaga kami sampai adik2 tido..malam lepas mak balik,baru Pati balik..

Bile kami semua dah besar dan pandai buat kerja sendiri, Pati pun berhenti sebab dah xlarat sangat..Time aku dah tingkatan 1, mak aku mengandungkan adik bongsu aku..Muaz..jadi sejak Muaz lahir mak aku dah bagi Pati lain jaga..Pati ni jaga kat rumah dia..jadi anak angkat Pati..adik aku ni habis rupe cina..bila berjalan dengan family Pati ni, org semua confius..hehehe

Sekarang adik aku pun dah darjah 5..hampir 10 tahun kami tak berjumpa dengan Pati Muaz ni..suatu hari sebelum raya,tibe2 Pati Muaz dtg rumah mak aku..Teringin sangat nak jumpe Muaz..tapi Muaz bukan mcm dulu..dulu adik aku ni nakal sangat2!!Jenis xleh duk diam..Pati ni ckp dgn Muaz bahasa india time dia kecik..jadi ape Pati cakap dia paham time tu..cume sekarang kalau cakap pun dia dah xpaham..disebabkan dah lama tak jumpa..lagi pun dia dah xdijaga oleh Pati ni..

Tak sangka lak aku leh jmp Pati kat Puchong..he..anak2 dia ramai yang masih ingat kat aku..diaorg ckp muke aku xbanyak berubah..ape yang diaorg cakap dalam bahasa tamil,aku boleh paham..siap leh sembang lagi..cume xboleh la nak cakap tamil..setakat paham & balas balik dalam bahasa melayu,lepas la..huhuhu..sampai hubby lak ternganga tengok aku bersembang dengan diaorg..hehehe..sebab hubby ingat aku tak paham & tak tau langsung bahasa tamil ni disebabkan kalau mak cakap bahasa tamil mesti cakap ngan org india sahaja..

Seronok sembang2 sampai pukul 11pm..sebelum balik sempat gak snap sikit gambar..tapi anak2 Pati lak dah keluar sebab gi ambik adik diaorg yg keje kat Jusco..

Depavali ni ade la tempat kami nak tuju..huhuhu..tungggguuuu...

0 ulasan:

Post a Comment